About

17 Mar 2009

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan seramai 150 ahli yang terdiri daripada doktor-doktor muslim yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta di Malaysia.Kini PPIM telah mempunyai lebih daripada 2500 ahli yang terdiri dari pegawai perubatan,konsultan,professor juga dekan perubatan dari universiti-universiti tempatan tanah air.Terdapat juga ahli-ahli dari kalangan doktor pergigian,jururawat dan pelajar-pelajar perubatan,sama ada di Malaysia mahupun di seluruh pelosok dunia.

Misi utama dalam PPIM adalah mewujudkan “Perubatan berlandaskan Islam”.Sebagai ahli-ahli PPIM,kami mempunyai semangat padu untuk memenuhi moto kami iaitu “Al-Hidayah, As-Syifa’, Ar-Rahmah”(Memimpin,Menyembuh,Menyanyangi),yang mana moto ini telah dipetik dari kitab suci kita,yakni Al-Quran.

PPIM menggabungkan pengetahuan,pengalaman,dan kepakaran doktor-doktor Muslim untuk membantu dari segi kemanusiaan secara keseluruhan.Ini bermaksud ahli-ahli PPIM memegang tanggungjawab penuh kepada masyarakat secara menyeluruh,berkomunikasi dengan mereka dan mengambil berat tentang mereka.Ahli-ahli kami telah pun menyertai pelbagai aktiviti kebajikan bagi negara-negara mangsa peperangan di Iraq, Bosnia, Chechnya, Maluku dan yang terbaru di Afghanistan, Iran dan Sudan. Dengan gabungan antara Federation of Islamic Medical Association (FIMA) dan MERCY Malaysia,bantuan perubatan dan kepakaran bagi mangsa telah dapat disalurkan dengan sebaik mungkin dengan harapan agar kesusahan yang dirasai dapat diatasi bersama semampunya.

Buah fikiran untuk membentuk PPIM ini buat pertama kalinya telah dibentuk oleh 5 orang doktor muslim diikuti dengan siri-siri mesyuarat oleh sebilangan besar dari doktor-doktor muslim di Malaysia,yang mana mereka yang hadir telah sebulat suara untuk menubuhkan PPIM pada sidang kedua mesyuarat yang bertempat di Bahagian Psikiatri,Fakulti Perubatan,Universiti Kebangsaan Malaysia,50300 Kuala Lumpur.Mereka yang hadir mempunyai kepakaran luas dan berbeza-beza dalam bidang ini.Beberapa orang lagi doktor telah kemudiannya bersama-sama dengan 5 orang doktor yang terdahulu membentuk ahli jawatankuasa penaja bagi meneruskan merealisasikan kata sepakat yang telah dicapai.

Posted by Admin Imam Comments: 0

Under: Uncategorized

Leave a Reply